Proview
SHOPPING CART (EMPTY)

Perlembagaan Kita

 

Overview   |   Authors
Perlembagaan Kita
Aug 2021
Paperback


Print
SGD23.54
9789672919537

(All prices are inclusive of GST where applicable)

Buku ini ditulis dengan khas untuk memberikan pemahaman yang baik dan jelas kepada semua tentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Disediakan oleh pakar ternama undang-undang perlembagaan Malaysia, Shad Saleem Faruqi, ini adalah buku yang penuh dengan pengetahuan yang amat berguna berkenaan selok-belok pemakaian undang-undang utama Malaysia. Dengan menggunakan pengetahuannya yang mendalam tentang subjek ini, penulis telah menyediakan sebuah buku yang menyeluruh dan lengkap, namun senang dibaca. Untuk mereka yang memerlukan sumber-sumber terperinci, duluan kes dan peruntukan Perlembagaan yang berkaitan telah diberikan.

Dibahagikan ke dalam 9 Bahagian yang mengandungi sejumlah 36 bab, buku ini menerangkan topik-topik penting seperti ciri-ciri utama Perlembagaan Persekutuan, pengasingan kuasa, kebebasan asasi, kewarganegaraan, Majlis Raja-Raja, Yang di-Pertuan Agong, tanggungjawab menteri, penggubalan undang-undang, badan kehakiman, proses pilihan raya, dan kuasa untuk menangani perbuatan subversif. Ia juga meneliti kompromi etnik pra-Merdeka dan membincangkan masa depan Perlembagaan.

Buku ini membekalkan pemahaman yang jelas dan menarik berkenaan Perlembagaan Persekutuan. Ia sememangnya patut dibaca oleh semua rakyat Malaysia, tua dan muda, untuk memperolehi pengertian yang amat diperlukan tentang undang-undang utama yang membentuk negara ini dan terus menyediakan kerangka untuk menjamin kemakmuran masa depannya. 

CIRI-CIRI UTAMA

  • Menyediakan penerangan yang lengkap dan jelas tentang Perlembagaan Persekutuan
  • Mengandungi pengetahuan yang bernilai daripada seorang pakar ternama undang-undang perlembagaan
  • Menggunakan struktur yang jelas dan tajuk-tajuk yang bermakna untuk memudahkan pencapaian maklumat yang diperlukan
  • Memakai gaya bahasa yang jelas dan mudah difahami 

 

CONTACT US

To find out more about any of the available special offers, please either contact your account manager or contact us using the details below:

Sweet & Maxwell Asia

Thomson Reuters Corporation Pte Ltd
ALICE@Mediapolis
29 Media Circle
#09-05, Singapore 138565
SINGAPORE

Send us an email